♠ Posted by Unknown in ISU SEMASA at 9:44 PTG
KUALA LUMPUR: Perwakilan Tinggi Kesatuan Eropah (EU) bagi Hal Ehwal Luar dan Dasar Keselamatan, Catherine Ashton, mengucapkan rasa simpati kepada anggota keluarga penumpang dan anak kapal pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang hilang. "Saya berasa amat bimbang apabila mendapat tahu penerbangan Malaysia Airlines itu dari Kuala Lumpur ke Beijing telah hilang pada awal pagi Sabtu bersama-sama 227 penumpang dan anak kapal," kata Ashton, yang juga Naib Presiden Suruhanjaya itu, dalam kenyataan di sini hari ini.
"Saya mengucapkan rasa simpati saya kepada keluarga mereka yang berada dalam pesawat itu yang ketika ini berdepan dengan waktu sukar," katanya.
Penerbangan MH370 hilang selepas kira-kira sejam berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada 12.41 pagi Sabtu. Ia dijadual mendarat di Beijing pada jam 6.30 pagi hari yang sama.
Operasi mencari dan menyelamat (SAR) sedang dijalankan melibatkan pelbagai negara membabitkan 42 kapal dan 39 pesawat untuk mencari pesawat hilang itu.
Negara terbabit dalam operasi itu termasuk Singapura, Thailand, Vietnam, Brunei, Amerika Syarikat, China, India dan Australia. - BERNAMA
0 ulasan:
Catat Ulasan