Semua perkara yang ingin anda ketahui ada di sini.

ape itu KOPI?

♠ Posted by Unknown in
Kopi adalah minuman yang dicampurkan dengan air panas yang disedia daripada benih panggang, biasanya dipanggil biji kopi, bagi tumbuhan kopi. Disebabkan kandungan kafeinnya, kopi mempunyai kesan perangsang pada manusia. Hari ini, kopi adalah satu daripada minuman paling disukai itu di seluruh dunia.

Kopi adalah pertama diminum dalam abad kesembilan, apabila ia telah ditemui di tanah tinggi Etiopia. Dari situ, ia merebak ke Mesir dan Yemen, dan pada abad ke-15, telah sampai Armenia, Farsi, Turki, dan di utara Afrika. Dari dunia Islam, penyebaran kopi ke Itali, dan seluruh Eropah, dan ke Amerika.Kopi adalah minuman yang dicampurkan dengan air panas yang disedia daripada benih panggang, biasanya dipanggil biji kopi, bagi tumbuhan kopi. Disebabkan kandungan kafeinnya, kopi mempunyai kesan perangsang pada manusia. Hari ini, kopi adalah satu daripada minuman paling disukai itu di seluruh dunia.

Kopi adalah pertama diminum dalam abad kesembilan, apabila ia telah ditemui di tanah tinggi Etiopia. Dari situ, ia merebak ke Mesir dan Yemen, dan pada abad ke-15, telah sampai Armenia, Farsi, Turki, dan di utara Afrika. Dari dunia Islam, penyebaran kopi ke Itali, dan seluruh Eropah, dan ke Amerika.


Kopi mempunyai banyak manfaat kepada kesihatan dan kecantikan kulit, antaranya mengurangkan keradangan dan kemerahan pada kulit, malah menurut Universiti Kebangsaan Seoul, Korea, kopi mampu bertindak hampir sama seperti aspirin.

Pada masa sama, lingkaran gelap pada mata akibat kurang air, alahan, kurang tidur atau genetik juga boleh dikurangkan apabila disapu dengan kopi. Ini kerana kandungan kafein dikatakan mampu memperbaiki aliran darah di bawah kulit.


Begitu juga keadaan mata bengkak atau kemerahan juga boleh dikurangkan dengan meletakkan kantung kopi yang sudah digunakan di atas mata dan dibiarkan seketika untuk bertindak.


Paling menggembirakan kebanyakan wanita adalah kopi yang boleh didapati pada harga jauh rendah berbanding mendapatkan rawatan di spa mampu membantu mengurangkan masalah selulit yang sudah pasti merosakkan penampilan seseorang.

Dalam kajian Universiti Sao Paulo, Brazil, pada 2008, pengkaji mendapati kafein mampu mengurangkan sel selulit hingga 17 peratus manakala satu lagi kajian yang dijalankan Universiti Persekutuan Rio de Janeiro ke atas sukarelawan, mendapati kafein dapat mengurangkan selulit pada pinggul sehingga 70 peratus.

Tanpa perlu membelanjakan wang membeli krim yang mengandungi kafein di pasaran, sesiapa saja mampu mendapatkan faedah kafein dengan menggosok sendiri serbuk kafein ke tubuh yang turut bertindak sebagai lulur.

Lulur kopi bukan saja dapat membersihkan kulit dengan membuang sel kulit mati, menjadikannya lebih sihat dan lembut, malah ia juga dikatakan mampu memperbaiki peredaran darah serta membantu memperbaiki beberapa masalah kulit.

Dua sifat kafein yang menjadikannya bahan yang mampu mengurangkan masalah selulit pada tubuh adalah ia bersifat diuretik dan mampu mengetatkan sel dan pembuluh darah.

Sifat diuretiknya membantu menyingkirkan lebihan air dari badan, seterusnya mengurangkan masalah sembap yang sering dikaitkan dengan selulit, seterusnya memberi penampilan lebih langsing.

Namun begitu, penampilan langsing itu tidak kekal lama sebaliknya aktiviti menyental tubuh menggunakan serbuk kopi perlu dilakukan secara konsisten untuk mendapatkan kesan berpanjangan.

Selain itu, sifat antioksidan pada kopi membantu menjaga dan melindungi kulit daripada kesan merosakkan kerana ia mampu melawan radikal bebas yang selalunya dikaitkan dengan penuaan awal.

Radikal bebas sering diakibatkan oleh kerosakan apabila terdedah kepada cahaya matahari atau pencemaran alam sekitar yang menjadi faktor utama terjadinya jerawat, kedutan, garisan halus dan bintik pada kulit.

Kopi juga berkesan untuk mengurangkan bengkak dan kemerahan pada kulit termasuk mereka yang mempunyai kulit sensitif. Ia juga dikatakan mampu merangsang sel kolagen, yang mampu menghasilkan kulit anjal dan gebu.

Cara penggunaan kopi sebagai rawatan kulit adalah dengan memasak kopi dalam teko dan sapukan pada kulit dalam tempoh 20 minit selepas itu.

Masukkan kira-kira tiga sudu besar serbuk kopi dalam mangkuk sebelum dicampur dengan sedikit garam, minyak badam dan minyak zaitun. Basahkan badan dengan air suam terlebih dulu untuk membuka liang roma dan kemudian sapukan di seluruh tubuh dengan cara menggosok secara bulatan kerana selain membuang sel kulit mati, ia dapat memperbaiki peredaran darah seterusnya menjadikan kulit lebih cantik.

Air kopi yang sudah dimasak juga boleh dicelup menggunakan bola kapas dan diletakkan pada bahagian mata setiap pagi dan malam untuk melancarkan peredaran mata.

Satu lagi cara yang boleh dilakukan adalah mengisar biji kopi dan dicampurkan dengan sedikit air, kemudian gosok di seluruh tubuh, biarkan beberapa minit untuk mendapat kesan melembapkan kulit.

Kopi boleh dicampurkan dengan beberapa bahan lain untuk dijadikan pupur wajah seperti serbuk koko, susu penuh krim, putih telur dan minyak zaitun.

Penggunaan kopi sebagai bahan penjagaan kulit bukan asing malah turut diamalkan oleh wanita di Russia, Indonesia, Hawaii dan Amerika Selatan sejak beberapa zaman.

Malah bagi masyarakat Melayu sendiri terutama orang lama, selain sebagai bahan kecantikan kopi juga sering digunakan untuk merawat luka dan menghentikan darah apabila serbuk kopi ditabur pada bahagian yang tercedera.

Cerita lawak #1

♠ Posted by Unknown in
Di dalam sebuah sebuah mahkamah yang sedang membicarakan kes pembunuhan. Seorang peguam sedang menyoal seorang saksi penting.

Peguam : Awak kenal ini? (sambil menunjukkan gambar mangsa pembunuhan)

Saksi : Kenal tuan.

Peguam : Boleh awak beritahu kepada kami?

Saksi : Itu gambar, tuan.

Peguam : Bukan, maksud saya orang dalam gambar ni.

Saksi : Oh, itu gambar seorang perempuan, tuan.

Peguam : (mula tension) Yang aku nak tau nama dia lah bukannyer lelaki ke perempuan!

Saksi : Nama dia Saodah bte Sameon, tuan.

Peguam : Bila kali terakhir awak melihatnya? (meletakkan semula gambar itu di mejanya)

Saksi : Baru kejap tadi tuan.

Peguam : Hahhh!!? Bagaimana awak boleh lihatnya kejap tadi?

Saksi : Sebab tadi tuan tunjukkan gambar tu pada saya.

Peguam : Bukanlah, maksud saya sebelum saya menunjukkan gambar tu.

Saksi : Tak pernah tuan. Saya tak pernah lihat gambar tu sebelum ni.

Peguam : Aku bukan bercakap pasal gambar nieee!!! Aku bercakap pasal mangsa!!! (sambil menghentamkan pennya pada gambar tersebut)

Saksi : Oh! Kali terakhir saya nampak ialah ketika mangsa ditikam, tuan.

Peguam : Boleh kamu tunjukkan siapakah yang menikamnya yang berada dalam mahkamah ini. Adakah lelaki yang berada di kandang tertuduh itu? (sambil mengusap dadanya kerana terlalu bengang)

Saksi : Bukan. (tangannya kemudian ditunjukkan pada peguam tersebut)

Peguam : Hahhh!!! Kenapa awak tunjuk pada saya!!?

Saksi : Baru kejap tadi saya nampak tuan tikam gambar tu dengan pen tuan.

Peguam : ARGHHHHH!!! APA YANG KAU MEREPEK NI !!! AKU BUKAN CAKAP PASAL GAMBAR TU!!! AKU CAKAP PASAL MANGSA YANG AKU BUNUH TU LAHHHHH!!!!!

lima cara memilih KAWAN

♠ Posted by Unknown in
NASIHAT yang boleh di jadikn panduan bersama dalam membina persahabatan ialah sebagaimana pesanan al-Qamah (seorang sahabat Rasulullah saw) kepada anaknya:

1.Pilihlah sahabat yang suka melindungi sahabatnya, dia adalah hiasan diri kita dan jika kita dalam kekurangan, dia suka mencukupi keperluan.

2.Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, dia suka menerima dengan rasa terharu, jikalau ia melihat kebaikan yang ada pada dirimu, dia suka menyebut2nya .

3.Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, ia suka menerima dengan rasa terharu dan dianggap sangat berguna, dan jika ia mengetahui mengenai keburukan dirimu ia suka menutupinya.

4.Pilihlah sahabat yang jikalau engkau meminta sesuatu daripadanya, pasti ia memberi, jikalau engkau diam, dia mula menyapamu dulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang menimpa dirimu, dia suka membantu dan meringankanmu serta menghiburkanmu.

5.Sahabat yang jikalau engkau berkata, ia suka membenarkan ucapan dan bukan selalu mempercayainya saja. Jikalau engkau mengemukakan sesuatu persoalan yang berat dia suka mengusahakannya dan jika engkau berselisih dengannya, dia suka mengalah untuk kepentinganmu...

Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud: "Teman yang baik dan teman yang tidak baik itu diumpamakan seperti pembawa kasturi dan peniup api, maka si pembawa kasturi mungkin memberikan kasturi itu kepada kamu atau kamu dapat membelinya, atau kamu dapat mencium baunya yang wangi. Bagaimanapun peniup api mungkin membakar pakaianmu atau kamu dapat mencium baunya yang busuk." [Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim]

Indah Cara Islam Sembelih

♠ Posted by Unknown in
Ada mereka dari barat dan bukan Islam mengatakan penyembelihan secara Islam iaitu menggunakan pisau di leher haiwan adalah kejam dan menyamai dengan mengelar manusia. Sesuatu yang bodoh untuk menyamakan manusia dan haiwan. Tujuannya hanya satu, untuk mempengaruhi masyarakat dunia dengan minda kotor yang Islam adalah agama yang kejam dan tidak berperikemanusiaan dalam aspek mengorbankan haiwan untuk dimakan.

TETAPI!!

Allah Maha Mengetahui segala sesuatu kerana Dialah yang menjadikan semua makhluk, oleh itu setiap perintah dan peraturanNya mesti mempunyai kebaikan dan hikmah disebaliknya, tetapi kita yang kurang ilmu tidak mengetahuinya.


Begitu juga dengan cara sembelihan haiwan ternakan yang diwajibkan dalam Islam, walaupun nampak kejam dari kaca mata orang barat kerana kita menggunakan pisau yang tajam untuk menyembelih leher haiwan secara terus, tapi ternyata ia mempunyai banyak kebaikan dan menghasilkan daging yang lebih selamat untuk dimakan berbanding dengan cara yang diamalkan oleh orang barat yang membuatkan haiwan pingsan dengan kejutan elektrik atau ubat pelali terlebih dahulu. Cara sembelihan Islam ialah dengan memotong vena jugular, arteri karotid, trakea dan esofagus supaya darah dapat dikeluarkan dengan cepat dan banyak sekali. Orang barat mendakwa cara sembelihan mereka dapat mengurangkan rasa kesakitan binatang. Walau bagaimanapun, dakwaan mereka ini ternyata salah berdasarkan kepada hasil kajian perbandingan kedua-dua cara sembelihan yang dijalankan secara saintifik di Jerman.

Hasil kajian perbandingan ini menunjukkan:

1. Cara sembelihan Islam menghasilkan daging yang bersih daripada darah kerana semua darah disalurkan keluar dengan cepat, manakala cara sembelihan barat menyebabkan terdapat darah beku di dalam daging sebanyak 45% yang mana ini adalah berbahaya apabila dimakan, terutamanya kanak-kanak.

2. Cara sembelihan Islam, pada 3 saat pertama, haiwan yang disembelih tidak merasa sakit kerana lehernya dihiris dengan cepat menggunakan pisau yang tajam.

3. Pada 3 saat berikutnya, haiwan yang disembelih tidak sedarkan diri kerana semua darah keluar dengan cepat dari badan.

4. Selepas 6 saat ini, haiwan yang disembelih tidak merasa sakit langsung kerana hampir semua darah telah keluar dari badan. Dalam masa yang sama, jantung masih berdenyut lagi, dan dengan denyutan ini darah yang berbaki ditolak keluar lagi dari badan, dan ini menghasilkan daging yang bersih daripada darah dan ia selamat untuk pengguna. Sebaliknya, cara sembelihan barat menyebabkan haiwan berasa sakit kerana proses kematiannya mengambil masa yang lebih lama dan darah sempat membeku di dalam daging.

Begitulah kelebihan cara sembelihan Islam yang diamalkan. Dengan hasil kajian ini, maka tertolaklah dakwaan barat bahawa cara sembelihan adalah kejam kepada haiwan, walhal cara sembelihan mereka lebih kejam kerana menyakitkan haiwan yang disembelih.

Tolonglah Jangan

♠ Posted by Unknown in
Senarai beberapa perkara dan perbuatan yang JANGAN dibuat oleh kita sebagai umat Islam dan implikasinya dalam kehidupan seharian. Sebagai renungan dan tauladan untuk kebaikan bersama.

JANGAN dalam Islam dari Ustaz Don.


- JANGAN tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki Mahal kerana berpagi-pagi itu membuka pintu Berkat.

- JANGAN makan tanpa membaca BISMILLAH dan DOA makan. Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.

- JANGAN tambah perhiasan di badan kerana Allah sudah jadikan Manusia Makhluk yang paling Sempurna

- JANGAN keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan.Takut-takut kita mati dalam perjalanan.

- JANGAN pakai sepatu atau selipar yang berlainan pasangan.Makruh dan mewarisi kepapaan.

- JANGAN biarkan Mata liar di perjalanan.. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.

- JANGAN menangguh taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.

- JANGAN ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia kalau memang Kita bersalah.

- JANGAN mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak persahabatan Kita hilang bahagia.

- JANGAN lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja Kita. Nanti Kita sombong apabila berjaya.Kalau gagal kecewa pula.

- JANGAN bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki Kita.

- JANGAN banyak ketawa. Nanti mati jiwa.

- JANGAN biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih orang kepada Kita.

- JANGAN suka menganiaya manusia atau haiwan.. Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.

- JANGAN terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.

- JANGAN mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN. Sebab semuanya untuk keselamatan Kita.

Keunikan Solat

♠ Posted by Unknown in



SEORANG professor fizik di Amerika Syarikat (AS) membuat satu kajian kelebihan solat berjemaah yang disyariatkan dalam Islam. Berdasarkan kajiannya, tubuh badan kita mengandungi dua cas elektrik, iaitu cas positif dan cas negatif. Dalam aktiviti harian kita, sama ada bekerja, beriadah atau berehat, sudah tentu banyak tenaga digunakan.



Dalam proses pembakaran tenaga, banyak berlaku pertukaran cas positif dan cas negatif, yang menyebabkan ketidakseimbangan dalam tubuh kita. Ketidakseimbangan cas dalam badan, menyebabkan kita berasa letih dan lesu selepas melakukan kegiatan seharian.



Oleh itu, cas ini perlu diseimbangkan semula untuk mengembalikan kesegaran tubuh ke tahap normal. Berkaitan dengan solat berjemaah, timbul persoalan dalam minda beliau, mengapa Islam mensyariatkan solat berjemaah dan mengapa solat lima waktu yang didirikan orang Islam mempunyai bilangan rakaat yang tidak sama.



Hasil kajiannya mendapati, bilangan rakaat berbeza dalam solat bertindak menyeimbangkan cas dalam badan kita.



Ketika solat berjemaah, kita disuruh meluruskan saf, bahu bertemu bahu dan bersentuhan tapak kaki. Tindakan yang dianjurkan ketika solat berjemaah itu mempunyai pelbagai kelebihan.



Kajian sains mendapati sentuhan yang berlaku antara tubuh kita dengan tubuh ahli jemaah lain yang berada di kiri dan di kanan kita, akan menstabilkan kembali cas yang diperlukan oleh tubuh.

Pokok naga berdarah

♠ Posted by Unknown in
Pokok Naga Berdarah Yang Kelihatan Seperti Cendawan Gergasi | Pokok-pokok yang menakjubkan yang berasal sekumpulan kecil di pulau di Lautan Hindi yang dipanggil Socotra. Apa yang membuatkan mereka begitu hebat adalah sap merah yang keluar dari kulit kayu selepas dicederakan, dan pokok ini diberikan nama "Dragon Blood Trees".

Pokok ini tidak hanya ganjil pada kulitnya yang "berdarah" merah tetapi pokok ini juga kelihatan seperti bentuk cendawan gergasi, cecair merah itu juga di gunakan di dalam perubatan dan pewarna resin yang direkodkan oleh tamadun purba Yunani dan Rom dan terus digunakan dalam bidang perubatan, pewarna, varnis dan kemenyan hingga ke hari ini.





Sunnah simpan janggut

♠ Posted by Unknown in
Kajian oleh saintis dari Massachusetts Institute of Technology, Amerika Syarikat yang berjudul The Amazing Fact of Human Bodymendapati janggut lelaki mengandungi hormon testosteron yang amat diperlukan bagi kesuburan wanita. Ia mampu menstabilkan kitaran haid selain menggalakkan pertumbuhan telur wanita.

Unsur-unsur dan bentuk hormon testosteron

Dalam kata yang lain, janggut lelaki juga boleh meningkatkan tahap kegalakan pasangannya.

Bagaimana Caranya?

Hanya melalui sentuhan. Jadi kepada sesiapa yang belum mempunyai anak kerana mengalami masalah kesuburan, mintalah suami menyimpan janggut, dan belailah selalu janggut suami.

Rekaan Kerangka “Kulit” Pada Note 3 Akan Diimplementasi Pada ATIV Book 9 Style!!!

♠ Posted by Unknown in
Pihak Samsung sedia menawarkan ATIV Book 9 Lite untuk pasaran Malaysia. Selain versi “LITE”, beberapa versi lain dilihat turut dirancang Samsung, termasuk salah satunya adalah “Style”.
ATIV Book 9 Style ini dijangka akan diperkenalkan pada tahun hadapan, dan bakal menyertakan empat speaker dengan output bunyi sehingga 2W.
Disamping sokongan kepada bunyi, ia juga bakal membawakan rekaan komputer riba lebih menarik, termasuk implementasi rekaan “kulit” seumpama yang terdapat pada Galaxy Note 3 baru-baru ini.
Spesifikasi lain masih tidak diketahui lagi. Memandangkan ia menggunakan nama ATIV, maka kita dapat menyasarkan komputer riba ini bakal menggunakan platform Windows 8 padanya kelak.

Al-Quran terpelihara sehingga kiamat

♠ Posted by Unknown in
Bagi umat Muslim, sudah pasti tahu bahawa kitab suci Al-Quran merupakan antara mukjizat yang dikurniakan oleh Allah melalui Nabi Muhammad S.A.W Rasulullah untuk membuktikan kerasulan baginda kepada umat manusia ketika itu.
Allah S.W.T dalam ayat Al-Quran juga telah memberi jaminan bahawa kitab suci agama Islam itu akan dipeliharanya sehingga hari kiamat.
Dalam Surah Al-Hijr ayat ke-9, Allah S.W.T berfirman “Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan Al-Quran dan Kamilah yang memelihara dan menjaganya”
Satu video yang dimuatnaik di laman Facebook Gua TV Dot Com, dipaparkan seorang pensyarah yang bercerita mengenai kehebatan Al-Quran dihadapan pelajar-pelajar di dalam kelasnya.
Dalam video berkenaan, pensyarah berkenaan bercerita tentang satu tradisi umat Islam di masa lampau iaitu untuk menghafaz Al-Quran secara beramai-ramai.
Menurut beliau anaknya juga menghafaz Al-Quran pada masa lapang termasuk dengan dirinya.
Pensyarah itu berkata pada satu ketika, beliau datang ke Malaysia dan menjadi imam ketika bersolat jemaah di lapangran terbang.
Beliau tersalah membaca salah satu ayat Al-Quran ketika solat dan terjadi satu perkara yang begitu bermakna pada dirinya.
“Satu masa saya mengimamkan solat, dalam solat kita akan baca surah Al-Quran yang kita hafal.. Saya baca surah dengan kuat, ada budak (makmum) di belakang yang turut menghafal Al-Quran.
“Saya tersalah sebut satu perkataan dan budak di belakang saya membetulkannya,” katanya.
Menurut beliau lagi, melalui ribuan manusia yang menghafal Al-Quran inilah Allah memeliharan kitab suci itu daripada rosak atau hilang dari dunia ini.
Katanya, jika ditakdirkan semua Kitab Al-Quran didunia ini musnah, tiada salinan ‘hardcopy’ mahupun softcopy, insya’Allah umat Islam diseluruh dunia mampu menulisnya semula sebagai satu kitab yang lengkap dalam waktu yang singkat.
Beliau berkata, semua individu yang menghafal Al-Quran akan dikumpulkan untuk menulisnya semula dan beliau percaya senaskhah lagi Al-Quran akan berjaya disiapkan dalam masa hanya 24 jam.
Lebih menakjubkan, selepas selesai Al-Quran tadi ditulis, apabila dilakukan perbandingan dengan Al-Quran yang sedia ada ianya tetap sama semua tulisan, baris dan bunyi bacaan tanpa ada perbezaan.
Beliau berkata Al-Quran yang ada di Malaysia tetap sama dengan Al-Quran yang ditulis semula oleh muslim di China, di Russia, di Indonesia, di Eropah, di Amerika dan mana-mana didunia sekali pun ianya akan tetap mempunyai satu versi yang sama, punya surah, juzuk, baris bacaan yang semua tetap sama.
Masya’Allah, inilah mukzijat agung yang diturunkan oleh Allah swt melalui kekasihnya Nabi Muhammad saw sebagai rahmat buat umat akhir zaman. Wallahualam.

Bunuh diri selepas bunuh anak

♠ Posted by Unknown in

New York – Seorang lelaki dan anaknya maut apabila dia melempar kanak-kanak itu yang berusia tiga tahun dari bangunan 52 tingkat sebelum terjun dari situ berpunca daripada keputusan hakim yang memberi hak jagaan kepada isterinya.
Lelaki itu dikenali sebagai Dmitriy Kanarikov, 35, manakala isterinya, Svetlana Bukharina tidak tinggal sebumbung tetapi Kanarikov dibenar melawat anak mereka, Kirill.
Pihak berkuasa menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian terjun bangunan itu tengah hari kelmarin.
Dua bangunan
Pegawai keselamatan menemui Kanarikov dari Brooklyn dan Kirill di dua bangunan berasingan tetapi berdekatan menyebabkan mereka mengesyaki kanak-kanak itu dilempar dari tingkat lebih rendah.
Keadaan bayi teruk
Kanarikov diumumkan mati di tempat kejadian manakala anak lelakinya menghembuskan nafas terakhir di hospital.
Kanarikov sepatutnya menyerahkan Kirill kepada Svetlana di sebuah balai polis petang Ahad.
Seorang pegawai, Luis Ortiz memberitahu akhbar New York Post bahawa dia berada di hospital apabila anggota paramedik cuba memberi rawatan pernafasan.
“Semua orang boleh lihat budak itu dalam keadaan teruk. Mereka kata bapanya juga ada di bangunan itu tetapi tidak pula ada di hospital,” katanya.
Polis menyiasat kejadian mengambil gambar sebuah kenderaan Lexus RX350 dipercayai milik Kanarikov.
Dibantu rakan
Lelaki itu tidak ada akses memasuki bangunan itu tetapi dipercayai dibantu seorang rakan yang tinggal di situ.
Ini kali kedua tahun ini seorang penjaga dan anaknya terbabit terjun bangunan pangsapuri New York.
Mac lalu, seorang wanita sambil mendakap bayi lelakinya maut selepas terjun dari tingkat lapan pangsapuri Harlem tetapi kanak-kanak itu terselamat.
Pihak berkuasa menemui sekeping nota menyatakan sebab dia membunuh diri di rumahnya. – AP/AGENSI

Pandangan terhadap Pelat

♠ Posted by Unknown
Bagi pendapat admin,

  Sebenarnya, sejak dulu lagi ramai yang beranggapan bahawa pelat adalah disebabkan oleh lidah yang pendek. Sebenarnya, tiada istilah lidah tebal dan pendek. Ini kerana panjang lidah untuk setiap orang tidaklah terlalu berbeza.

Pernahkah anda diperiksa oleh doktor berkaitan hal ini?

Sebenarnya bukan lidah yang pendek, tetapi kerana wujud perbezaan pada bahagian yang dinamakan ‘frenulum linguae’, yang menyebabkan gangguan untuk melafazkan suatu huruf atau lebih dikenali dengan istilah pelat.

‘Frenulum Linguae’ dapat dilihat apabila anda menggerakkan lidah ke atas. Ia kelihatan seperti tisu yang menghubungkan dasar mulut dengan lidah. Perbezaan panjang dan pendek ‘frenulum linguae’ inilah yang menyebabkan lidah sukar bergetar lalu menyukarkan seseorang menyebut huruf berkenaan.

Penyelesaian untuk hal ini ialah dengan menjalani terapi pertuturan (speech therapy) dengan syarat, memang tiada kelainanatau gangguan kesihatan lain yang boleh menyebabkan keadaan yang anda hadapi ini.

Terapi ini merangkumi pergerakan nafas atau penyebutan huruf tertentu yang sukar bila dilakukan tanpa bantuan pakar kerana melibatkan koordinasi lidah dan bahagian lain di rongga mulut. Justeru, saya sarankan anda supaya mendapatkan nasihat pakar terapi pertuturan berhampiran anda.

Semoga jawapan ini dapat membantu anda.

Khasiat tomato

♠ Posted by Unknown
TOMATO buah berwarna merah dan boleh dimakan mentah. Namun, bukan semua orang menggemarinya! Tahukah anda tomato mengandungi pelbagai khasiat tersendiri, termasuk membantu mencegah penyakit berbahaya?


Warna merah itu ialah disebabkan likopena, iaitu karotenoid atau sebatian semula jadi yang memberikan warna merah kepada tomato dan pelbagai khasiat kebaikan antioksidan semula jadi yang baik untuk kesihatan badan.
Selain mempunyai kebaikan antioksidan, makanan yang mengandungi likopena itu juga boleh mengurangkan risiko beberapa jenis kanser dan penyakit jantung.Hasil kajian pakar penyelidik asing mendapati bahawa kandungan likopena begitu tinggi dalam pes tomato, sos tomato dan jus tomato.
Perunding Pemakanan di Institut Jantung Negara (IJN), Mary Easaw John, berkata cara terbaik bagi menambah jumlah likopena di dalam badan manusia adalah melalui pengambilan makanan berasaskan tomato dan produk masakan yang diperbuat daripada bahan itu.

Beliau berkata, berdasarkan kajian saintifik, likopena dapat membantu mencegah penyakit tertentu seperti kanser prostat, kanser paru-paru dan kanser perut. Likopena juga dapat membantu mengurangkan paras kolesterol LDL (kolesterol jahat) dan sekali gus mengawal tekanan darah supaya stabil, katanya pada ceramah kesihatan The Red Campaign di ibu negara, baru-baru ini. Kempen itu dianjurkan oleh syarikat makanan global, Heinz, yang mengeluarkan sos tomato, perasa dan pelbagai aneka sos.

Mary berkata, sumber terbaik untuk mendapatkan likopena ialah dari sos spagheti, jus tomato, tembikai, pes tomato, sup tomato, cili sos dan sos koktel. Beliau berkata, kira-kira 80 peratus likopena terkandung di dalam produk tomato dan buah tomato tetapi hakikatnya, tomato yang sudah dimasak mengandungi likopena yang lebih tinggi.

Ini kerana, katanya, proses memasak akan memecahkan dinding sel tomato yang sekali gus membenarkan tubuh manusia menyerap likopena. Bagaimanapun, beliau berkata, sebaik-baiknya pastikan anda tidak menggunakan minyak dan lemak yang berlebihan ketika memasak untuk memastikan keberkesanan penyerapan likopena.
Antara kelebihan dan kebaikan tomato ialah….

1. Baik Untuk Kencing Manis

Kandungan Karbohidrat dalam tomato sangat rendah maka ia baik untuk pesakit diabetes. Tomato dikatakan sangat berkesan dalam mengawal peratusan gula di dalam air kencing pesakit diabetes.

2. Baik Untuk Mata

Kiranya selama ini kita dengar lobak merah dan berry baik untuk mata, tomato juga baik untuk mata sebenarnya. Kerana kaya dengan vitamin A, tomato amat bermanfaat untuk kesihatan mata khasya rabun malam dan rabun jauh serta penyakit-penyakit mata lain akibat kekurangan vitamin. Daun tomato pula berguna untuk merawat saraf optik dan lemah mata. Ambil segenggam daun tomato yang baru dipetik. Bilas dan rendam selama 15 minit dalam air panas (tidak terlalu panas) di dalam bekas tertutup. Sejatkan. Air ini merupakan tonik untuk mata dan saraf optik. Hendaklah dimakan sesudu teh sebelum mengambil sajian utama 3 kali sehari.

3. Baik Untuk Obesiti

Tomato sangat berguna dalam rawatan obesiti. Makanlah satu atau dua biji tomato ranum pada awal pagi tanpa sarapan selama 2 bulan. Ini dianggap kaedah selamat untuk pengurangan berat badan. Pada waktu yang sama, ia membekalkan elemen-elemen makanan penting untuk mengekalkan kesihatan.

4. Baik Untuk Gangguan Usus dan Hati

Minum segelas penuh jus tomato segar. Campur dengan secubit garam dan lada sulah. Diminum pada awal pagi. Ia petua berkesan untuk mengurangkan mabuk wanita mengandung, merawat masalah berkaitan hempedu dan hati serta jaundis. Juga berkesan merawat masalah penghadaman, angin dalam usus dan sembelit.

5. Baik Untuk Gangguan Pernafasan

Sebelum tidur, telan tiga ulas bawang putih. Kemudian minum segelas penuh jus tomato segar dicamputkan madu dan secubit serbuk pelaga. Ini merupakan petua berkesan merawat TB dan jangkitan paru-paru. Ia meningkatkan pertahanan tubuh dan menghalang penolakan serta percampuran ubat-ubatan yang sering berlaku pada pesakit TB. Bagi pesakit lelah, rawatan ini melegakan rasa sesak di dalam bronkiol dan pengeluaran mukus (lendir) melampau serta kejang.

6. Baik Untuk Ibu yang Menyusu

Ibu yang menyusukan bayi digalakkan makan tomato. Memakan produk berasaskan tomato (atau tomato yang dimasak) boleh meningkatkan kandungan likopena di dalam susu ibu. Ini tentunya baik untuk kesihatan bayi.

Tip Memilih TOMATO…

Untuk yang paling berkhasiat, pilihlah tomato yang paling merah ranum.

Untuk yang lebih sedap pula, rendamkan beberapa biji tomato di dalam air. Yang tenggelam itu lebih sedap berbanding yang terapung. Ini kerana yang tenggelam itu mengandungi lebih banyak kandungan gula

Dan juga

Tomato boleh merawat masalah kulit seperti jerawat . Hancurkan tomato segar dan sapu rata bahan tersebut pada kulit muka yang berjerawat. Biarkan sejam atau lebih sebelum dibilas dan dikeringkan. Buat setiap hari sehingga jerawat itu hilang. Ia juga boleh membersihkan kulit wajah anda. Dengan menggunakan campuran tomato dan avokado amat sesuai untuk kulit kombinasi (berminyak, biasa dan kering) kerana ia menggabungkan astringen dan antiseptik yang boleh mengurangkan kandungan minyak serta noda hitam pada kulit.

Topeng penyegar muka ini kaya dengan vitamin A, C dan E dimana kesemuanya penting untuk kulit yang sihat. Untuk membuat topeng muka ini, hancurkan tomato dan avokado dalam mangkuk dan sapukan pada muka, bilas selepas 20 ke 30 minit.

Menggunakan cara yang mudah, tanpa mengeluarkan belanja yang banyak sesiapa juga boleh melakukannya. Sama ada buah-buahan ini diletakkan pada wajah begitu saja atau dilenyek dijadikan masker, jika dilakukan secara berkala akan memberikan kesan menakjubkan pada kulit.

Namun sebelum memakainya pada wajah, jangan lupa cuci atau bersihkan wajah terlebih dulu. Ada baiknya sekiranya menggunakan air suam supaya liang roma lebih terbuka dan mampu meresap nutrisi daripada bahan semula jadi ini pada kulit wajah anda.

JANGAN Minum Berdiri

♠ Posted by Unknown

MENGAPA RASULULLAH SAW MELARANG MINUM SAMBIL BERDIRI?

Dalam hadis disebutkan “janganlah kamu minum sambil berdiri”.

---Dari segi kesihatan----

Air yang masuk dengan cara duduk akan disaring oleh sfringer.

Sfringer adalah suatu struktur muskular (berotot) yang boleh membuka (sehingga air kencing boleh keluar) dan menutup.

Setiap air yang kita minum akan disalurkan pada ‘pos-pos’ penyaringan yang berada di ginjal.

Jika kita minum sambil berdiri. Air yang kita minum otomatik masuk tanpa disaring lagi.

Terus menuju kandungan air kencing.

Ketika menuju kandungan air kencing itu terjadi pengendapan di saluran sepanjang perjalanan (ureter).

Kerana banyak sisa-sisa yang melekat di ureter inilah awal mula munculnya bencana.

Benar, penyakit kristal ginjal.

Salah satu penyakit ginjal yang sungguh berbahaya.

Disyaki akibat susah kencing, jelas perkara ini berhubungan dengan saluran yang sedikit demi sedikit tersumbat tadi.

Dari Anas r.a. dari Nabi saw.: "Bahawa ia melarang seseorang untuk minum sambil berdiri".

Qatadah berkata, "Kemudian kami bertanya kepada Anas tentang makan. Ia menjawab bahawa hal itu lebih buruk."

Pada masa duduk, apa yang diminum atau dimakan oleh seseorang akan berjalan pada dinding usus dengan perlahan dan lambat.

Adapun minum sambil berdiri, maka ia akan menyebabkan jatuhnya cairan dengan keras ke dasar usus, melanggarnya dengan keras.

Jika ini terjadi berulang-ulang dalam waktu lama maka akan menyebabkan membesar dan jatuhnya usus, yang kemudian menyebabkan disfungsi pencernaan.

Adapun Rasulullah saw pernah sekali minum sambil berdiri, maka itu disebabkan ada sesuatu yang menghalangi beliau untuk duduk, seperti penuh sesaknya manusia pada tempat-tempat suci, bukan merupakan kebiasaan.

Manusia pada masa berdiri, ia dalam keadaan tegang, organ keseimbangan dalam pusat saraf sedang bekerja keras, supaya mampu mempertahankan semua otot pada tubuhnya, sehingga boleh berdiri stabil dan dengan sempurna.

Ini merupakan kerja yang sangat teliti yang melibatkan semua susunan saraf dan otot secara bersamaan, yang menjadikan manusia tidak boleh mencapai ketenangan yang merupakan syarat terpenting pada masa makan dan minum.

Ketenangan ini hanya boleh dihasilkan pada masa duduk, di mana saraf berada dalam keadaan tenang dan tidak tegang, sehingga sistem pencernaan dalam keadaan sedia untuk menerima makanan dan minum dengan cara cepat.

Makanan dan minuman yang dimakan pada masa berdiri, boleh memberi kesan pada refleksi saraf yang dilakukan oleh reaksi saraf kelana (saraf otak kesepuluh) yang banyak tersebar pada lapisan endotel yang mengelilingi usus.

Refleksi ini apabila terjadi secara keras dan tiba-tiba, boleh menyebabkan tidak berfungsinya saraf (vagal inhibition) yang parah, untuk menghantarkan detik mematikan bagi jantung, sehingga menyebabkan pengsan atau mati mendadak.

Begitu pula makan dan minum berdiri secara terus-menerus sangat membahayakan dinding usus dan memungkinkan terjadinya luka pada perut.

Para doktor melihat bahawa luka pada perut 95% terjadi pada tempat-tempat yang biasa berlaku perlanggaran makanan atau minuman yang masuk.

Sebagaimana keadaan keseimbangan pada masa berdiri disertai pengecutan otot pada kerongkong yang menghalang jalannya makanan ke usus secara mudah, dan kadang-kadang menyebabkan rasa sakit yang sangat yang mengganggu fungsi pencernaan, dan seseorang boleh kehilangan rasa selesa semasa makan dan minum.

Diriwayatkan ketika Rasulullah s.a.w. dirumah Aisyah r.a. sedang makan daging yang dikeringkan diatas talam sambil duduk bertongkatkan lutut, tiba-tiba masuk seorang perempuan yang keji mulut melihat Rasulullah s.a.w. duduk sedemikian itu lalu berkata:

"Lihatlah orang itu duduk seperti budak."

Maka dijawab oleh Rasulullah s.a.w.: "Saya seorang hamba, maka duduk seperti duduk budak dan makan seperti makan budak."

Lalu Rasulullah s.a.w. mempersilakan wanita itu untuk makan.

Adapun duduk bertelekan (bersandar kepada sesuatu) telah dilarang oleh Rasulullah sebagaimana sabdanya,

"Sesungguhnya Aku tidak makan secara bertelekan"
(HR Bukhari).

Subhanallah, setiap perintah dan larangan Rasul pasti bermanfaat bagi umatnya!

Terapi air putih : JANGAN LUPA BANYAKKAN MINUM AIR MASAK..

Minum 2 gelas air setelah bangun tidur – Dapat membersihkan organ-organ internal.

Minum segelas air 30 minit sebelum makan -Dapat membantu fungsi seluruh pencernaan dan ginjal.

Minum segelas air sebelum mandi -Dapat menurunkan tekanan darah.

Minum segelas air sebelum tidur -Dapat mencegah stroke dan serangan jantung.

INGAT -----> AIR MASAK...yakni air yang terlebih dahulu dimasak, telah menggelegak kemudian disejukkan......juga dipanggil air jarang....

“Demi MASA! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman,dan yang beramal soleh dan yang berpesan-pesan kepada kebenaran dan yang berpesan-pesan kepada kesabaran”.

~Surah Al-’Asr.

Subhanallah! Banyak sebenarnya kelebihan minum air secara duduk yang kita sendiri pun tidak tahu.

Rasulullah SAW sendiri yang mengajar kita cara minum dengan baik tanpa berdiri.

Begitu juga...kita dilarang MAKAN BERDIRI....apatah lagi SAMBIL BERJALAN!!!!!

Indahnya Islam jika penuh dengan adab.

cara wanita muslimah bersosial

♠ Posted by Unknown

kalau dah tonton video ni..mesti anda semua kutuk admin..
wanita ini masih lagi pelajar U dan pelajar teakwando
tetapi apa yang admin nak tekankan disini adalah Islam tidak melarangkan umatnye bersosial tetapi mesti larh berlandaskan ajaran Islam yang telah ditetapkan oleh para ulama' dan di sisi syarak..
seperti wanita di dalam video ini,walaupon sedang berlatih teakwando tetapi,beliau masih lagi menutup aurat dengan sempurna

BORANG JAWAPAN LAWAK

♠ Posted by Unknown
Inilah padahnye kalu x fhm bahase inggelis


KISAH WANITA CANTIK YANG MENCARI PEMUDA SETAMPAN NABI YUSUF AS.

♠ Posted by Unknown
Pada Suatu hari ada seorang perempuan Arab yang sangat cantik dan terkenal. Semua pemuda ingin melamarnya. Namun, perempuan cantik itu belum juga memutuskan dengan siapa dia akan menikah. Dia merasa tidak ada satu pemuda pun yang pantas bersanding dengannya.

Semakin lama, perempuan cantik itu semakin bangga dengan kecantikannya. Ia semakin menyepelekan setiap pemuda yang datang kepadanya.

"Aku hanya ingin menikah dengan pemuda setampan Nabi Yusuf," katanya.

Perempuan cantik itu kemudian memutuskan untuk mencari pemuda setampan Nabi Yusuf. Suatu hari, dia berjalan ke sebuah kota yang sangat ramai. Di tengah peijalanan, dia bertemu dengan seorang nenek tua. Akhirnya, dia berjalan bersama nenek itu.

"Nenek tua, apakah kau bisa membantuku menemukan pemuda setampan Nabi Yusuf yang akan menjadi suamiku?" tanya si perempuan cantik.

Si nenek tua menatapnya. "Hai perempuan cantik, apakah kau sudah pernah melihat ketampanan Nabi Yusuf?"

Perempuan cantik itu menggeleng.

Si nenek tua kembali bertanya, "Jika begitu, bagaimana kau bisa mendapatkan lelaki yang setampan dia, sedangkan kau belum pernah melihatnya?"

Perempuan cantik itu diam saja mendengar pertanyaan si nenek.

Keduanya berjalan beriringan. Mereka melewati sebuah kampung. Kampung itu terlihat sangat subur dan hijau.

Perempuan cantik bertanya, "Menurut nenek, apakah di kampung ini ada pemuda setampan Nabi Yusuf yang akan menjadi suamiku?"

"Pertanyaanmu aneh sekali. Aku saja baru melewati kampung ini dan aku tidak tahu apakah ada pemuda tampan di sini. Tapi menurutku, semua pemuda itu tampan. Bukankah kau tidak tahu setampan apa Nabi Yusuf?" tanya si nenek.

Perempuan cantik itu hanya diam dan tidak menjawab pertanyaan nenek tua. Mereka kembali meneruskan perjalanan. Baru setengah perjalanan, mereka bertemu dengan sekumpulan pemuda yang sedang berburu.

Si perempuan berbisik, "Apakah di antara pemuda itu ada yang setampan Nabi Yusuf?"

Nenek menjawab, ``Aku semakin tidak mengerti dengan keinginanmu, perempuan cantik. Bukankah semua pemuda itu tampan? Aku lihat, mereka banyak yang menyukaimu. Cepatlah memilih dan menikah."

Perempuan cantik itu diam dan tidak menjawab sepatah kata pun mengenai komentar si nenek. Lalu mereka terus melanjutkan perjalanan demi perjalanan sampai bertahun-tahun hingga akhirnya sampailah keduanya di sebuah hamparan tanah luas nan gersang.

"Nenek, bagaimana mungkin aku dapat menemukan pemuda setampan Nabi Yusuf di hamparan gersang ini?" tanya si perempuan cantik.

Nenek memandangnya, "Jikapun ada pemuda tampan di sini, mereka tentu takkan menoleh kepadamu. Wajahmu tak lagi cantik dan kau sudah menua," kata si nenek sambil mengeluarkan sebuah cermin.

Tanpa disadari, si perempuan cantik itu kini sudah menjadi tua. Perjalanan yang dilakukan dengan si nenek telah memakan waktu puluhan tahun dan menyedot kecantikannya. Ternyata, si nenek adalah malaikat yang berusaha menyadarkan perempuan itu.

... "Jika ada yang menunda suatu pernikahan hanya karena ingin mencari sosok impian yang ideal menurutnya sendiri, berhati-hatilah karena bisa jadi dia akan kehilangan semuanya. Allah menciptakan manusia dengan kelebihan dan kekurangan." ...

Semoga ALLAH memberikan jodoh bagi siapa yang belum mempunyai jodoh, yang sholeh/sholehah, yang mencintai ALLAH dan Rasul-Nya, dan paham terhadap al-Qur'an, sehingga bisa membimbing anak-anaknya menuju kepada ALLAH. Aamiin

(Cantumkan jika ada doa khusus, agar kami para jamaah bisa mengaminkannya)

Silahkan Klik Like dan Bagikan di halamanmu agar kamu dan teman-temanmu senantiasa istiqomah dan bisa meningkatkan ketakwaannya kepada ALLAH SWT.

Ya ALLAH...
✔ Muliakanlah orang yang membaca status ini
✔ Entengkanlah kakinya untuk melangkah ke masjid
✔ Lapangkanlah hatinya

teka teki #1

♠ Posted by Unknown
1. bende ape mula2 masuk tangan lepas tu masuk kepala lepas tu baru masuk badan?
2. bagi tige care mcm mane nak masuk gajah dlm peti?
3. bagi empat care mcm mane nak masukkan zirafah dlm peti sejuk?
4. pada satu hari tarzan panggil semua binatang,binatang ape x dpt datang?











1. baju
2. mule2 buke peti,masuk gajah,tutup peti
3.buke peti,keluar gajah,masuk zirafah, tutup peti
4. zirafah lah sbb terperangkap dlm peti

Komen larh dulu baru share!! :)

Renungan bersama

♠ Posted by Unknown
Buat RENUNGAN bagi yang menggunakan akal:

Bibit perpecahan bermula dari gerakan munafik di ketuai oleh Abdullah bin Ubai di zaman Rasulullah saw...yang berpura pura dengan keIslamannya dan ia berlarutan sehingga kini ...lebih2 lg di zaman ketiadaan Rasulullah saw... Kenapa?

Al-Quran menceritakan keadaan puak munafik:

Dan sebahagian daripada manusia ada yang berkata: “Kami telah beriman kepada Allah dan Hari Kemudian”. Padahal mereka bukan orang-orang yang beriman. Mereka hendak memperdayakan Allah dan orang yang beriman, padahal mereka tidak perdayakan melainkan diri mereka sendiri sedangkan mereka tidak sedar. Di hati mereka ada penyakit, lalu Allah tambahkan penyakit kepada mereka dan adalah bagi mereka seksaan yang pedih sebab mereka telah berdusta. Dan apabila dikatakan kepada mereka: “Janganlah kamu membuat kerosakan di bumi”, mereka menjawab: “Kami tidak lain melainkan orang yang membuat kebaikan”. Ketahuilah bahawa mereka itu adalah orang yang membuat kerosakan tetapi mereka tidak sedar. Dan apabila dikatakan kepada mereka, “Berimanlah sebagaimana orang yang telah beriman”. Mereka berkata, “Apakah harus kami beriman seperti orang-orang bodoh itu beriman?” Ketahuilah mereka itulah orang-orang yang bodoh tetapi mereka tidak ketahui. Dan apabila mereka bertemu dengan orang yang beriman mereka berkata, “Kami telah beriman”. Apabila bersendirian dengan syaitan-syaitan mereka, mereka berkata, “Kami beserta kamu. Kami tidak lain melainkan memperolok-olokkan (orang yang beriman)”. ( Ayat 8-14 : Surah al-Baqarah

TERLALU EGo

♠ Posted by Unknown


Imam Syafie pernah berkata:
"Aku mampu berhujah dengan 10 orang yang berilmu tetapi aku pasti akan kalah berhujah dengan seorang yang jahil kerana orang yang jahil tidak pernah faham landasan ilmu".

cite Islamik

♠ Posted by Unknown
Assalamualaikum wbt... peringatan buat diri ini..

Suatu malam, seorang anak yang telah kematian ibu dan ayahnya di dalam kemalangan jalanraya, telah bermimpi. Ayahnya seorang guru. Begitu juga ibunya.

Dalam mimpinya, datanglah ayahandanya dalam wajah yang tenang dan ceria. Bondanya tersenyum di sisi.

Anak: "Ayah, berseri-serinya wajah ayah. Rindunya pada ayah dan mama." (menangis)

Ayah: "La Tahzan anakku. Sesungguhnya ayah baik-baik saja di sini. Jangan risau. Teruskan hidupmu dengan tabah. Jadilah anak yang soleh, kerana solehmu itulah yang meringankan dan membantu kami di alam barzakh."

Anak: "Insya-Allah, ayah. Ayah, boleh saya tanya?"

Ayah: "Silakan."

Anak: "Bagaimana ayah nampak ceria sekali? Bukankah alam barzakh itu begitu seram dan menakutkan?"

Ayah: "Iya nak. Alam kubur sangat mengerikan. Namun, kerana ilmu yang bermanfaat yang ayah ajar di sekolah pada anak-anak murid, itulah yang membantu ayah di sini."

Anak: "Itu je?"

Ayah: "Juga kerana jasa mama mu."

Anak: "Wah..nak tahu.."

Ayah: "Ada dua jasa besar mama yang ayah tak pernah ceritakan pada anak-anak sebelum dan selama ni."

Anak: "Apa dia?"

Ayah: "Pertama, mama mu taat cakap ayah tidak pernah membantah atau meninggi suara. Setia, tidak suka bercakap dengan lelaki lain walaupun ayah tidak kongkong mama begitu. Kalau mama nak cakap, akan minta izin dengan ayah. Mama tidak suka bergaul rapat dengan jiran-jiran jika tiada urusan kerana jiran terlalu banyak mengumpat dan mama tak suka. Mama jaga harta ayah dan tidak guna sewenangnya kecuali untuk keluarga semata-mata. Tidak pernah mama minta sesuatu yang tak mampu ayah tunaikan. Cincin atau rantai emas berpuluh ribu tidak pernah dimintanya."

Anak: "Alhamdulillah. Kedua?"

Ayah: "Kedua, mama menjaga auratnya. Hatta ipar sendiri tidak pernah melihat aurat mama. Mama tidak berpurdah, namun mama pandai menjaga aurat. Mama bukan wanita yang sempurna segala sudut, namun melengkapi hidup ayah setiap sudut. Mama menutupi kekurangan ayah dengan kelebihannya, dan begitu juga ayah pada mama."

Anak: "Masya-Allah tabarakallah.. Nampak kecil dan remeh, namun besar dunia jasanya pada ayah..Allah..Allah.."

Ayah: "Jadi, pesanlah pada adik-adik perempuanmu. Sebagai abang yang sulung, bantulah mereka sekurang-kurangnya ikut jejak langkah mama. Jadikan Saidatina Khadijah atau Aisyah r.a. sebagai role model muslimah mereka, itu lebih baik. Banyakkan berselawat pada Nabi s.a.w. Banyakkan baca al-Quran. Semua ini menolong di dalam kubur kelak. Bacalah Surah al-Mulk sebelum tidur. Istighfar setiap masa."

Ayah dan ibunya kemudian datang memeluk erat si anak.

Seketika, si anak tersedar dari mimpi.

Linangan air mata hangat mengalir di pipi.

Rindu tetap bersemi. Walaupun jasad tiada lagi di sisi.

Nasihat ayah bonda kekal di hati.

Nak "COPY"?
Teruskan dan jangan tangguh...

Click plz..