♠ Posted by Unknown in TEKA-TEKI DAN LAWAK at 9:44 PTG
Dalam sebuah pertunjukkan lawak, sekumpulan pelawak terkenal membuatkan seluruh dewan gamat dengan
gelak ketawa. Penonton tidak henti-henti ketawa sebaik
anggota kumpulan itu muncul hinggalah selesai
persembahan.
Bagaimanapun, dalam keriuhan itu terdapat seorang wanita
yang hanya mendiamkan diri seolah-olah tiada
apa yang menggelikan hatinya. Bahkan sikap berdiam diri
wanita ini membuatkan penonton lain kehairanan.
Oleh kerana merasa tidak puashati.. seorang gadis segera
bertanya kepada wanita tersebut sebaik saja
persembahan pelawak2 itu selesai.
" Apakah persembahan mereka tidak kelakar ? " tanya
seorang gadis kepada wanita itu.
"Sungguh kelakar,"jawab wanita itu singkat.
"Tetapi kenapa kakak tidak ketawa? Apakah kakak sakit gigi?"
tanya gadis itu lagi.
"Tidak..", jawab wanita itu.
"Kalau begitu, apakah alasannya yang buat kakak tak mahu
ketawa", gadis itu masih tak berpuashati
"Habis, kau ingat elok sangat ke mentertawakan suami
sendiri di khalayak ramai? " getusnya.
0 ulasan:
Catat Ulasan