Semua perkara yang ingin anda ketahui ada di sini.

Lebih 1,400 jemaah haji Malaysia tiba di Madinah

♠ Posted by Unknown in
MADINAH: Seramai 1,458 jemaah haji dijangka tiba di sini hari ini bagi acara ziarah sebelum bertolak ke Makkah untuk mengerjakan ibadah haji.
Pagi ini dua penerbangan yang membawa seramai 900 jemaah Malaysia tiba secara berperingkat.
Kumpulan pertama seramai 450 jemaah tiba pada 5 pagi waktu tempatan (10 pagi waktu Malaysia) di Lapangan Terbang Prince Mohammad Bin Abdulaziz di sini.
Mereka berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 1.30 pagi waktu Malaysia.
Sementara itu, kumpulan kedua seramai 450 jemaah pula yang berlepas dari KLIA 5.30 pagi waktu Malaysia tiba 9 pagi waktu tempatan (2 petang waktu Malaysia).
Sementara dua lagi penerbangan iaitu penerbangan keenam dan ketujuh dari Malaysia dengan masing-masing membawa 279 jemaah dijangka tiba lewat petang ini.
Penerbangan keenam dijadual berlepas pada 12.30 tengah hari waktu Malaysia dan dijangka tiba pada 4.15 petang waktu tempatan (9.15 malam waktu Malaysia) dan penerbangan ketujuh akan berlepas 1.30 tengah hari waktu Malaysia dan dijangka tiba 5 petang waktu tempatan (10 malam waktu Malaysia).
Dengan ini, jumlah jemaah haji Malaysia yang telah tiba di Madinah sejak Rabu ialah seramai 2,466 orang.
Sementara itu, jemaah yang tiba semalam dan awal pagi ini telah dibawa untuk ziarah Masjid Nabawi, termasuk kawasan Raudah tempat Nabi Muhammad SAW serta sahabat Baginda, Saidina Abu Bakar As Siddiq dan Saidina Umar Al-Khattab dimakamkan.
Mereka juga dibawa ke Baqi' iaitu kawasan perkuburan keluarga Nabi Muhammad SAW termasuk isteri-isterinya, serta ribuan sahabat Baginda.
Sementara itu, Pengarah Operasi Kewangan Musim Haji 1435 Hijrah, Anisuati Yahya berkata sembilan kaunter pengeluaran wang daripada akaun simpanan Tabung Haji telah beroperasi sejak dua hari lepas di kedua-dua tempat penginapan jemaah haji iaitu di Hotel Al Haram dan Hotel Anwar Al-Madinah Movenpick.
Waktu operasi semua kaunter adalah dari 7 pagi hingga 12 tengah hari, dari 4.30 petang hingga 6.30 petang dan dari 7 malam hingga 10 malam.
"Tabung Haji membawa seramai 45 petugas untuk perkhidmatan itu dengan seramai 35 orang ditugaskan untuk mengendalikan kaunter termasuk 24 kaunter di tujuh lokasi di Makkah," katanya kepada wartawan Malaysia di sini hari ini.
Beliau berkata, tahun ini Tabung Haji turut memperkenalkan Kad Debit-i Mastercard iaitu penyimpan Tabung Haji yang memiliki kad berkenaan boleh menggunakannya 24 jam untuk membuat transaksi pembelian.
Menyentuh berhubung dam haji, katanya harga bagi seekor kambing atau kibas ialah SR450 (1 SR > RM0.84) dan seekor unta SR3,500 manakala untuk korban pula harga seekor kibas atau kambing adalah SR490 SR dan seekor unta SR3,700.
"Perbezaan harga antara dam dan korban adalah kerana tempoh masa bagi korban," katanya.
- BERNAMA

Tak mungkin saya kacau kebahagiaan mereka - Ayda Jebat

♠ Posted by Unknown in ,
KUALA LUMPUR: "Dia sudah berpunya, tak mungkin saya akan kacau perhubungan itu," demikian ungkapan pelakon utama Rindu Awak 200 %, Ayda Jebat mengenai gosip mengaitkan dirinya dengan Zul Ariffin, gandingannya dalam drama berkenaan.

Malah pelakon yang pernah menyertai Akademi Fantasia musim kesembilan itu tidak pernah terlintas langsung untuk merosakkan kebahagiaan orang sekalipun beliau masih solo.
Baginya tidak pernah wujud terma cinta lokasi secara serius membabitkan mereka.
Kehangatan drama adaptasi novel popular ini yang bersiaran menerusi slot Akasia TV3 ini turut memberi tempias kepada gandingan pelakon utamanya. Malah ada peminat yang mahu mereka bercinta di alam realiti.
Cuma bagi Ayda, beliau melihat gosip sebegitu tak lebih daripada usikan manja untuk menghangatkan lagi drama itu.
"Bagi saya, apabila berlakon yang memerlukan emosi percintaan, perasaan itu perlu kerana sebagai pelakon kita mahu menyampaikan apa yang dirasai. Kalau ada yang suka itu bererti watak Armel Aisya dan Zill Faezrul Iqbal (Zul Ariffin) berjayalah.
"Malah saya berpendapat cinta lokasi itu wujud tapi semuanya atas tuntutan kerja. Tidaklah sampai bercinta. Saya tahu dia ada kekasih. Dalam yang suka, adatlah yang tak suka gandingan kami.
"Saya ada menerima emel yang tak suka kalau wujud hubungan cinta serius antara kami. Tapi bahasa yang digunakan dalam emel itu baik sampai saya tersengih membacanya. Saya faham apa yang mereka tulis itu dan saya tak tergamak jadi orang ketiga," katanya.
Dalam perkembangan lain, Ayda kini sudah bergelar duta kepada produk Aura White untuk rangkaian produk Aura White Bubbly bagi kelompok sasaran remaja berusia 13 hingga 25 tahun. Ayda mengakui tawaran itu diterimanya hasil impak drama Rindu Awak 200 %.
"Saya difahamkan memang ketika itu pihak Aura White mahu artis remaja dan kebetulan mereka menonton drama Rindu Awak 200 %. Saya melihat semua ini sebagai rezeki terpijak selepas tiga tahun mencuba nasib dalam dunia seni.
"Sebelum drama ini pun saya sudah membintangi banyak drama. Tapi tuah saya bermula dengan drama ini yang banyak membuka peluang saya kepada pendedahan serta promosi di TV dan bersama media.
"Ini juga drama pertama saya di TV3 untuk watak utama. Sebelum ini saya ada berlakon drama Anugerah Terindah juga di saluran sama tetapi hanya watak pembantu. Biarpun ada yang mempertikaikan saya tak layak jadi heroin, saya ambil semuanya dari sudut positif serta pembakar semangat," katanya.
Biarpun sudah dianggap bertuah meraih populariti segera, Ayda menyifatkan elemen itu tidak akan langsung mengubahnya jadi besar kepala dan lupa diri.
"Saya jalani hidup ini macam biasa saja. Macam dulu. Tapi saya selesa jadi diri sendiri. Saya jenis yang banyak cakap dan suka gelak. Pendek kata saya jenis yang 'gila-gila'," katanya.
PELAKON, Ayda Jebat. - Foto Adi Safri

Zul Ariffin-Ayda Jebat cinta membara di lokasi?

♠ Posted by Unknown in ,
KUALA LUMPUR: Penangan drama Rindu Awak 200% di TV3 yang disiarkan saban hari setiap petang menerusi slot Akasia ternyata terus memberi impak kepada dua teraju utamanya, Zul Ariffin dan Ayda Jebat.
Di sebalik itu, ramai yang melihat gandingan mereka tidak kena.
Ayda sendiri menerima kecaman hebat di forum sosial apabila disifatkan tidak layak menjadi heroin drama yang diadaptasi dari novel itu.
Namun di sudut lain, populariti kedua-duanya dilihat semakin mencanak selepas membintangi drama berkenaan.
Zul sendiri tidak menyangka selepas hampir empat tahun setengah berkecimpung, bakatnya kian disedari dan mula diberi kepercayaan produksi serta stesen TV untuk memegang watak hero.
Watak juruterbang bernama Faezrul meledakkan lagi sensasi Zul sebagai hero pujaan ramai.
"Saya melihat tempoh pembabitan seni selama ini sebagai ruang untuk saya membuktikan bakat yang ada. Mungkin tak ada watak yang benar-benar sesuai untuk saya sebagai teraju utama. Tapi saya bersyukur atas kesempatan membintangi drama ini dan ia menjadi yang pertama saya jadi hero untuk slot Akasia.
"Mengenai Ayda, saya rasa beliau cukup bertuah untuk diberikan watak utama ini. Kesempatan ini sedang dimanfaatkannya. Jauh lagi perjalanannya dan banyak lagi yang perlu beliau belajar. Tapi setidak-tidaknya pertaruhan produksi drama ini mula menjadi apabila kelibatnya diperhatikan.
"Dalam yang menghentamnya, ada juga yang memuji. Biasalah itu. Bagi saya, beliau boleh pergi jauh. Bukan mahu puji melambung, tetapi beliau personaliti yang disenangi seperti ramah dan rajin untuk menambah ilmu lakonan. Setidak-tidaknya kita ada wajah baru yang boleh diketengahkan sebagai teraju utama," katanya.
Dalam pada itu, Zul menafikan sekeras-kerasnya wujud cinta lokasi antaranya dengan Ayda. Malah sudah mula bertebaran kononnya masing-masing cuba menggoda sesama sendiri.
"Cerita itu memang tidak benar sama sekali. Ia tak lebih sekadar mengambil mood untuk memastikan jalinan keserasian kami. Bagi saya semua ini hanya gosip manja yang secara tak langsung boleh menghangatkan momentun kewujudan drama lakonan kami.
"Ironinya, memang ada yang menyokong kami bercinta. Tapi semua itu memang takkan terjadi," katanya yang dalam perbincangan untuk membintangi sebuah drama lagi menerusi slot Akasia juga.
Di alam realiti, umum tahu Zul kini sedang bahagia bercinta dengan orang kuat Astro Shaw, Gayatri Su-Lin Pillai.
"Saya masih dengannya. Cuma rancang nak kahwin itu belum ada lagi. Biarlah saya kumpul duit dulu," katanya.
Drama Rindu Awak 200% arahan Aidil Fitri Mohd Yunos turut dibintangi Adeline Tsen, Jonathan Putra, Fazlina Ahmad Daud dan Ika Nabella.
Ia ditayangkan setiap Isnin hingga Khamis jam 7 malam di TV3.

Zul Ariffin dan Ayda Jebat.

Senantiasa Mencuri Duit Ayah Untuk Beli Syabu

♠ Posted by Unknown in
Bachok: "Saya selalu mencuri duit ayah untuk membeli syabu, malah pernah curi-curi menoreh di kebun getah ayah untuk mengumpul duit.
"Semua ini disebabkan hendak mendapatkan bekalan syabu yang berharga RM50 satu paket dan ketika itu apa yang saya fikirkan hanya untuk mendapatkan bekalan dadah," kata Chulat (bukan nama sebenar), 18.
Remaja wanita yang berasal dari Sarawak itu, adalah penghuni termuda di Pusat Rawatan dan Pemulihan (CCRC) 1Malaysia Bachok, di sini, selepas ditahan polis ketika menghisap syabu bersama tiga rakannya tahun lalu.
Chulat berkata, dia mula terpengaruh dengan syabu selepas berpisah dengan teman lelakinya dan untuk menghilangkan rasa tertekan, rakan-rakannya mencadangkan mengambil benda terlarang itu.
Tiada didikan agama sejak kecil
Penghuni paling tua di CCRC 1Malaysia Bachok, Izah, 57, (bukan nama sebenar), mendakwa tiada didikan agama sejak kecil menyebabkan mudah terpengaruh dengan pengambilan dadah, selain pengaruh rakan dan persekitaran.
"Saya berkahwin ketika berusia 16 tahun dan bercerai setahun kemudian, sebelum membawa diri merantau mencari rezeki dan mula terjebak dengan heroin ketika bekerja di sebuah kelab malam di Melaka.
"Ketika di situ, saya terpengaruh dengan rakan sebilik yang mengambil heroin dan pernah menipu ibu mengatakan badan tidak sihat apabila ibu perasan keadaan fizikal sudah berubah, semuanya disebabkan pengaruh heroin," katanya sambil menitis air mata.
Sekarang beliau banyak belajar agama di CCRC dan berharap apabila keluar tahun depan, Tuhan akan mempermudahkan kehidupannya.
Ibu tunggal, Liza (bukan nama sebenar), 38, berkata untuk membeli dadah, dia yang ketika itu menagih heroin, ada ketikanya mencuri duit majikannya.
"Saya bekerja sebagai seorang juruwang di sebuah pasar raya di Kuala Lumpur dan untuk membeli heroin, saya terpaksa mengambil dari duit syarikat, semuanya disebabkan ketagih," katanya.
Beliau menyalahkan keadaan rumah tangganya yang berkecai sejak 10 tahun lalu menyebabkannya terjerumus dalam kancah keji ini sehingga terpaksa meninggalkan dua anaknya kepada adiknya untuk dijaga.
"Sudah setahun lebih saya tidak berjumpa dengan kedua-dua anak itu dan sekarang di hari yang mulia ini hanya mengingati mereka saja kerana sebelum ini tidak dapat berbuat demikian juga untuk bersama di hari lebaran," katanya.

Bola Sepak:Wayne Rooney dilantik kapten England

♠ Posted by Unknown in
LONDON: Penyerang Manchester United, Wayne Rooney mengambil alih tugas Steven Gerrard selaku kapten England, umum jurulatih, Roy Hodgson ketika sidang media di Stadium Wembley, hari ini.
Pemain berusia 28 tahun itu memiliki 95 kaps bersama England sejak penampilan pertamanya ketika menentang Australia pada Februari 2003, menjaringkan 40 gol serta dinamakan kapten United, dua minggu lalu.
Rooney menggantikan tugas yang sebelum ini dipegang pemain tengah Liverpool, Gerrard yang mengumumkan persaraan dari pentas antarabangsa selepas penyingkiran awal England di Piala Dunia Brazil.
"Saya fikir Wayne adalah pilihan yang baik dan dia memang layak memilikinya," kata Hodgson dengan Rooney akan menjalankan tugasnya buat pertama kali ketika perlawanan persahabatan menentang Norway, minggu depan.
"Komitmen kepada tugasnya, pengalaman selain dia juga pernah menjadi kapten England sebelum ini dan kini memegang tanggungjawab sama di Manchester United semuanya adalah faktor yang difikirkan dalam proses pelantikannya.
"Saya berbual panjang dengannya dan dia bersedia untuk menerima tekanan yang dipikul kapten England. Adalah penting untuk memastikan orang yang kamu cadangkan bagi menggalas tugas sebagai kapten bersedia memikul tanggungjawab itu."

WAYNE Rooney (kiri) bersama jurulatih kebangsaan England, Roy Hodgson ketika sesi latihan pada Piala Dunia di Brazil, Jun lalu. Rooney dinamakan sebagai kapten baharu England menggantikan Steven Gerrard yang bersara.- Foto AP
Dalam kenyataan yang dikeluarkan dalam laman web Persatuan Bola Sepak England, Rooney berkata perlantikan itu kebanggaan buatnya.
"Dinamakan sebagai kapten England adalah impian menjadi kenyataan buat saya secara peribadi dan juga buat keluarga saya. Ia sesuatu yang saya amat bangga untuk lakukan dengan sebaik mungkin," kata Rooney.
Dalam pada itu, Hodgson turut menyenaraikan barisan pemain yang dipilihnya ketika perlawanan menentang Norway dan perlawanan kelayakan Euro 2016 menentang Switzerland di Basel, 8 September depan. - AFP
Skuad England untuk perlawanan persahabatan menentang Norway dan kelayakan Euro 2016 menentang Switzerland:
- Penjaga gol: Fraser Forster (Southampton), Ben Foster (West Bromwich Albion), Joe Hart (Manchester City)
-- Pertahanan: Leighton Baines (Everton), Gary Cahill (Chelsea), Calum Chambers (Arsenal), Phil Jagielka (Everton), Phil Jones (Manchester United), Danny Rose (Tottenham Hotspur), John Stones (Everton)
- Tengah: Jack Colback (Newcastle United), Fabian Delph (Aston Villa), Jordan Henderson (Liverpool), James Milner (Manchester City), Alex Oxlade-Chamberlain (Arsenal) Raheem Sterling (Liverpool), Andros Townsend (Tottenham Hotspur), Jack Wilshere (Arsenal)
- Penyerang: Rickie Lambert (Liverpool), Wayne Rooney (Manchester United), Daniel Sturridge (Liverpool), Danny Welbeck (Manchester United)
REAKSI Wayne Rooney ketika perlawanan Manchester United menentang Sunderland di Stadium of Light, minggu lalu. Selain kapten England, Rooney juga dilantik kapten United untuk musim ini.- Foto AFP

15 fakta sains

♠ Posted by Unknown in
Kajian Sains selalu memberikan misteri buat kita semua. Masih banyak fakta-fakta menarik yang tersembunyi yang terkadang di luar dugaan kita.

Manusia sebagai makhluk yang selalu ingin tahu telah membuka banyak pintu dan masih akan terus mengungkap kebenaran.

Inilah 15 dari berjuta-juta fakta sains mengagumkan lain yang mungkin anda semua belum tahu.

1. Kuku tangan tumbuh empat kali lebih cepat dari kuku kaki.

2. Pengguna tangan kanan rata rata hidup sembilan tahun lebih lama dari orang kidal.

3. Kalau anda menggosokkan bawang ke kaki, sekitar 30 – 60 minit, anda akan dapat merasakannya. Ini kerana bawang tersebut mengalir melalui aliran darah.


4. Di satu inci persegi kulit manusia terdapat 20 juta makhluk mikroskopik.


5. Armadilo adalah satu-satunya makhluk hidup bukan manusia yang boleh menderita kusta. Ada juga kes penularan penyakit ini dari armadilo ke manusia.

6. Seekor siput boleh tidur 3 – 4 tahun selama masa dia tidak memerlukan makanan.

7. Zirafah boleh hidup lebih lama tanpa air daripada unta.

8. Nyanyian paus bungkok akan berubah secara dramatis dari tahun ke tahun, tetapi setiap paus di seluruh samudera selalu menyanyikan lagu yang sama dengan yang lainnya.

9. Gaya yang diperlukan untuk mengangkat kedua-dua kaki dari pasir apung dengan kecepatan satu sentimeter per minit sama dengan gaya yang diperlukan untuk mengangkat kereta berukuran sederhana.


10. Untuk menguji keaslian mutiara, anda boleh menggosokkan cuka ke permukaannya. Komposisi dari mutiara akan membuatnya menggelembung dengan cepat.

11. Ikan mash yang diletak di tempat gelap akan berubah menjadi putih. Dan kalau bukan kerana pengaruh makanan, mereka akan berubah menjadi putih seluruhnya.

12. Tidak seperti lebah lainnya, penyengat ratu lebah tidak berduri dan boleh digunakan berkali-kali tanpa melukainya.

13. Pasir apung tidak dengan cepat membunuh manusia kerana biasanya tidak terlalu dalam. Faktanya, sangat sulit membebaskan diri dari pasir apung dan inilah yang menyebabkan kematian.

14. Tiram boleh berubah antara jantan dan betina.

15. Lelaki 30% lebih kuat dari wanita dalam rata-rata, terutama tubuh bahagian atas, dan otak lelaki lebih berat dari otak wanita.

Liverpool berjaya pikat Moreno

♠ Posted by Unknown in







Liverpool berjaya pikat Moreno 
Cardiff: Liverpool mengumumkan satu perjanjian berjaya dicapai untuk mendapatkan pertahanan kiri Sepanyol, Alberto Moreno dari juara Piala Europa, Sevilla.

Pemain 22 tahun itu tidak menyertai skuad Sevilla ketika tewas 2-0 kepada Real Madrid pada aksi Piala Super UEFA sebelum Liverpool mendedahkan perjanjian sudah dimaterai untuk membawa pertahanan itu ke Anfield. “Liverpool sudah boleh mengesahkan yang kelab ini sudah mencapai kata sepakat dengan Sevilla untuk perpindahan pemain kebangsaan Sepanyol, Alberto Moreno,” menurut kenyataan kelab itu menerusi laman web rasminya.

“The Reds akan meneruskan secara formal untuk melengkapkan perjanjian pemain 22 tahun itu dan pengumuman akan dilakukan selepas ianya selesai.”

Restu pemergian


Liverpool bagaimanapun tidak mengesahkan nilai perpindahan yang sudah dipersetujui tetapi media Britain melaporkan ia membabitkan nilai berjumlah £12 juta (RM64 juta).

Mengulas selepas tewas kepada Real di Stadium Cardiff City, jurulatih Sevilla, Unai Emery berkata kelab itu merestui Moreno untuk meninggalkan pasukan itu.
“Kami tidak ada sebarang harapan yang jelas tetapi ia sentiasa berada di minda kami,” katanya.

“Tawaran ini sudah dilakukan kira-kira sebulan atau dua bulan dan kami sedia maklum tentang keperluan untuknya keluar daripada skuad ini.

“Kami berada di England dan ia begitu hampir dengan kelab yang berminat terhadap Alberto.

Mungkin keputusan akan dipercepatkan kerana tarikh akhir hampir tiba (31 Ogos). Kami harap yang terbaik buatnya dan kami juga perlu teruskan perjalanan kami,” kata Emery. AFP

Soalan Yang Jangan Ditanya Kepada Lelaki

♠ Posted by Unknown in
Sebenarnye cara menjawab tepon yang kite amalkan adelah salah... dan kebanyakannye sama..terpikir kah anda untuk menjawab dengan jawapan yang betul. Jadi disini kite akan cube untuk menukarkan jawapannye (tak le boring sangat lebih² lg kalu yg kejenye mmg jawab tepon).
.
.
. 1. Soalan: haloo, may i speak to bedah please?
. Jawapan: maap.sini bukan balai polis.
.
. 2. Soalan: haloo, siapa disana?
. Jawapan: ntah. saya kat sini,mane le saya tau sape kat sane..
.
. 3. Soalan: haloo, boleh saya bercakap ngan bapak awak?
. Jawapan: nak cakap cakap je ler. buat ape tanye saya.
.
. 4. Soalan: haloo, boleh sambungkan ke nombor 323?
 Jawapan: maap cik,nombor tak boleh disambung,hanye boleh dicampur.

. 5. Soalan: haloo, mak ade rumah?
. Jawapan: mak takde rumah.bapak ade pasal rumah ni bapak yang beli.

. 7. Soalan: boleh saya bercakap ngan siti?
. Jawapan: maap.nombor yang anda dail tidak mahu memberikan perkhidmatannye... time kacih.

. 8. Soalan: haloo, tolong panggilkan samad. saya nak bercakap dengannye.
. Jawapan: sila panggil sendiri.saya sibuk.maap

. 9. Soalan: halloo... ...
. Jawapan: haloo. pusat sakit mental disini. anda ingin mendaftar?

. 10. Soalan: haloo, saya nak tumpang bertanya...
. Jawapan: maap. ini bukan kaunter pertanyaan.

. 11. Soalan: haloo, betul ke ini nombor 3234412?
. Jawapan: sila dail sekali lagi. kalau saya masih menjawab betul le tu.

. 12. Soalan: assalammualaikum...
. Jawapan: waalaikummussalam..(tupp!..terus letak tepon.salam kite wajib
. jawab)

Piala Malaysia: PDRM sah tempat ke suku akhir, Selangor kembali longlai

♠ Posted by Unknown in
KUALA LUMPUR: Apa sudah jadi kepada juara 32 kali, Selangor yang kecundang buat kali kedua di laman sendiri dalam kempen Piala Malaysia musim ini, Stadium Shah Alam, malam tadi.
Selepas seakan menampilkan kebangkitan, Sabtu lalu, Gergasi Merah tumbang kepada pasukan sama, Sime Darby 2-1 pada perlawanan keempat Kumpulan D.
Kekalahan - sekalipun masih belum mengakhiri perjalanan Selangor dalam kempen musim ini, membuktikan mereka terlalu goyah meskipun barisan pemain yang diturunkan boleh ditakrifkan berkualiti.
Terlebih dulu membuka tirai jaringan menerusi Hazwan Bakri pada minit ke-62, kurang tumpuan menyaksikan gawang Selangor yang dikawal Farizal Marlias bocor menerusi Fahrulrazi Kamarudin pada minit ke-76.
Dan kesilapan Farizal terus menjadi duri dalam daging buat Selangor apabila Sime Darby meledak gol kedua menerusi Mateo Roskam pada minit ke-82 yang mencetus kemarahan Mehmet Durakovic yang pantas mengeluarkannya dan memasukkan Hamsani Ahmad namun sudah terlambat.
Kemenangan ke atas Sime Darby pula memberi 'nyawa' buat skuad kendalian Ismail Zakaria yang berjaya mengutip tiga mata pertama selepas tewas tiga perlawanan berturut-turut sebelum ini.
Berbaki dua perlawanan, PDRM yang dibimbing Azman Adnan muncul pasukan pertama layak ke suku akhir apabila meraih 12 mata maksimum selepas menewaskan T-Team 2-1 di Kuala Terengganu manakala Selangor kekal di tangga kedua dengan 6 mata.
Ia diikuti T-Team dan Sime Darby yang kini berkongsi 3 mata.

PEMAIN Sime Darby, Mateo Roskam diasak Pemain Selangor, Rizal Fahmi (dua kiri) pada perlawanan kumpulan D Piala Malaysia di Stadium Shah Alam. - Foto Osman Adnan
Dalam Kumpulan B, keempat-empat pasukan masih lagi berpeluang untuk mara. Apa tidaknya, pendahulu kumpulan, Perak hanya mengumpul tujuh mata bersama Terengganu selepas kedua-duanya seri 1-1 di Stadium Perak, malam tadi.
Manakala Kedah mengutip enam mata hasil kemenangan 2-1 ke atas Sarawak yang kekal dengan jumlah tiga mata.
Justeru, sesiapa saja yang mencatat dua kemenangan berturut-turut pada baki perlawanan selepas ini, bakal memastikan kemaraan.
Pada perlawanan malam tadi, Perak gagal mensia-siakan peluang beraksi di laman sendiri sekalipun lebih dulu mendahului menerusi jaringan sendiri Vincent Bikana pada minit ke-48 sebelum Terengganu menyamakan kedudukan menerusi Nordin Alias, dua minit sebelum perlawanan tamat.
Keputusan itu sekali gus menyaksikan Perak gagal membalas kekalahan kepada Terengganu di laman lawan, Sabtu lalu sekalipun terus kekal di puncak kumpulan.
Kedah pula dalam pada itu mencatat kemenangan kedua ke atas Sarawak - kemenangan kedua berturut-turut di laman lawan dan tempat sendiri.
Sekalipun ketinggalan pada babak pertama menerusi S Chanthuru, Kedah bangkit menerusi jaringan Billy Mehmet (m51) sebelum Syazwan Tajudin meledak gol kemenangan pada masa kecederaan.
Kedudukan
KUMPULAN B
1 Perak, 7 mata
2 Terengganu, 7 mata
3 Kedah, 6 mata
4 Sarawak, 4 mata
KUMPULAN D
1 PDRM, 12 mata
2 Selangor, 6 mata
3 T-Team, 3 mata
4 Sime Darby, 3 mata
REAKSI penyokong Kedah yang hadir pada Perlawanan Piala Malaysia membabitkan Kedah menentang Sarawak di Stadium Darul Aman. - Foto Sharul Hafiz Zam

Penjual Gempa Bumi

♠ Posted by Unknown in
Di satu kaki lima di sebuah kota, terdengar suara seorang penjual ubat sedang mempromosikan ubat jualannya..

Penjual ubat : Mari! Mari! Adik, abang, kakak, pakcik dan makcik! Saya ingin memberitahu anda sesuatu. Sebentar lagi bandar ini akan dilanda gempa. Sekiranya anda semua mahu selamat, cubalah ubat saya ini. Nescaya anda tidak akan merasakan gempa bumiitu walau sedikit pun. Saya telah menjual ubat ini di merata pelosok dunia dan setakat ini tiada yang merungut tentang kesahihannya. Cubalah! Bandar ini akan dilanda gempa pada tepat jam1130 pagi nanti!!

Orang ramai yang lalu lalang di situ terpinga-pinga mendengarnya. Oleh kerana ada yang percaya apa sahaja boleh berlaku dalam duniapada hari ini, mereka pun tanpa was-was, berduyun-duyun membeli ubat anti-gempa tersebut.

Jam sudah hampir 1130 pagi. Semakin ramai yang berkerumun membeli ubat tersebut. Dalam ramai-ramai tu, adalah seorang pakcik yang tergesa-gesa membelinya kerana waktu gempa semakin hampir. Pakcik tu dan mereka yang lain pun terus memakan ubat tersebut untuk mengelak dari merasakan gempa bumi yang bakal berlaku.

Jam sudah menunjukkan pukul 1130 pagi. Satu minit berlalu.. dua minit.. tiga minit.. hingga minit yang kesepuluh, pakcik tadi punberteriak kepada penjual ubat tersebut.

Pakcik : Eh! Dah lama ni.. Mana gempanya? Awak tipu kami ye?

Penjual Ubat : Hah! Kan betul apa yang saya kata! Pakcik tak merasakan apa-apa gempa pun kerana memakan ubat saya! Itu menandakan ubat saya sangat mujarab!

Karipap 3 Seringgit

♠ Posted by Unknown in
Seorang murid di tanya oleh guru matematiknya.

Jika sebiji karipap berharga empat puluh sen, berapakah harga untuk tiga biji karipap?. Tanya gurunya.

RM 1 cikgu!. jawabmurid itu spontan.

Salah tu. tegur si guru penuh kasih sayang.

mungkin amer tak paham soalan, biar cikgu ulang semula, dengar betul-betul. Sebiji karipap berharga empat puluh sen, berapa harga tiga biji karipap?. Amer tetap memberi jawapan RM1

Salah tu Amer,cuba kira betul-betul. Respon si guru dengan sabar

Tapi cikgu, tiap-tiap pagi bila saya pergi membeli karipap di warung berhampiran rumah saya, makcik jual kuih tu selalu kata;
kueh karipap sebiji empat puluh sen, tiga biji seringgit!

Jaguh Pedang Sepanyol, Samurai Jepun Dan Pendeka Melayu

♠ Posted by Unknown in
Dalam satu pertandingan senjata tajam dunia, tiga orang peserta berjaya ke peringkat akhir. Jaguh pedang dari Sepanyol, samurai Jepun dan pendekar silat dari Malaysia. Di peringkat akhir, semua peserta di kehendaki menunjukkan kemampuan membunuh seekor lalat dengan menggunakan sebilah pedang.

Kotak lalat dibuka, seekor lalat terbang dengan lincahnya, sang jaguh pedang dari Sepanyol menghunuskan senjata dan mengibasnya dengan pantas. Tubuh lalat itu terpotong dua. Penonton bersorak mengkaguminya. Giliran samurai Jepun menghunuskan senjatanya. Kepantasan samurai Jepun memang tiada tandingan, dengan secepat kilat tubuh lalat kedua terbahagi tiga. Penonton berdiri bertepuk tangan memuji sang samurai.

Kini giliran pendekar silat dari Malaysia. Segera ia menghunus pedangnya, mengibas ke kiri dan kekanan. Lalat ketiga masih terbang di udara, tetapi 'penerbangan'nya agak berbeza. Juri dan penonton yang semenjak tadi menahan nafas terpaku dan kehairannan melihatkan lalat tersebut masih utuh dan terbang.
Melihat reaksi demikian, sang pendekar segera berkata, Tuan-tuan jangan salah sangka, lalat tu baru saja saya sunatkan.

Click plz..